Thursday, 31 January 2013

One .. Two.. Three... Smile!




Smile (^_^)



Tersenyumlah depan rezki =)




Maniskan senyuman tika membantu :)




 Kerana akhlak itulah bunga diri :')









Maafkanlah

Bismillah...


Ceria pagi ini, mentari pagi perlahan menyinar bumi.. burung bebas terbang dan berkicau.. angin bertiup lembut menghalusi hati pencinta alam.

Indahnya alam. Subhanallah.. Terdetik di hati, bagaimana mereka mampu hidup teratur walau mereka dicipta tanpa akal.. sedang kami manusia yang di cipta dengan akal, hidup penuh kacau bilau dan huru hara.

Mungkin benar, kerana kurangnya kasih sayang. Pabila kasih sayang tiada, rosaklah kehidupan. Pabila sesama hati tidak dihubungkan dengan cinta pada Pencipta dan rindu pada Baginda.

Allahu..Allah.. mudahnya kasih sayang hilang hanya kerana satu kesilapan. Hanya kerana satu kesalahan, segala kebaikan si pesalah seakan luput. Padahal sebelum si pesalah di jatuhkan hukuman sebagai bersalah, dia lah yang paling kita kasihi, kita puja puji, kita sanjung dan hormati.

Sungguh hati manusia ini amat rapuh.. maka benarlah kalamMu wahai Tuhan... manusia ini diciptakan bersifat keluh kesah, pabila kesusahan menimpa dia mengeluh dan pabila memperoleh kebaikan dia amat kikir. Kecuali... bagi mereka yang mengerjakan solat dan tetap mengerjakan solatnya itu.. Allahu Allah~

Mahal benarkah harga sebuah kemaafan? Berharga sangatkah nilai kemaafaan itu wahai hati? Atau yang menghijab kemaafan adalah egomu?

Sedang kau lupa, kau juga manusia biasa. Yang pada suatu waktu, kau pasti sangat membutuhkan kemaafan, yang nanti di akhirnya, kau kan merayu demi diampunkan tiap kesalahanmu. Lupakah kau wahai hati, memaafkan itu adalah lebih mudah dan lebih baik untuk mu. Lupakah kau berapa banyaknya kalam Tuhanmu tentang memaafkan dan kemaafan. Lupakah kau wahai diri bagaimana Rasulullah berjiwa sangat pemaaf dan suka mendamaikan. Allahu Allah...

Kerasnya hati kerana kurangnya kasih sayang. Kerasnya hati kerana mazmumah. Kerasnya hati kerana sering dilukai. Maafkan lah agar kau dimaafkan.. Kemaafan itu bukan untuk mereka, kemaafan itu untukmu.. agar hati mu bebas dari kesakitan yang merantai. Membalas perbuatan keji tidak menambah cinta, hanya membuatmu semakin keras, membuat jiwamu semakin parah, menyimpan kisah lama sbg dendam menjadikan mu lebih buruk dari si pesalah. Maafkanlah dan kembalilah pada Tuhanmu dengan jiwa yang tenang.

Semoga di pagi khamis yang mulia ini, di akhir bulan Januari ini,  kita dapat mencontohi sifat Nabi yang utama. Kita mengaku cinta dan rindu pada Baginda. Maka... demi cintamu itu... maafkanlah... kerana Rasulullah amat pemaaf. Bismillah.. dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.. maafkan lah dan semoga jiwamu, semoga hati mu lunak dengan kasih sayang. Agar nanti, lahir dari mu generasi yang berjiwa mulia. InsyaAllah dengan izin Tuhanmu yang maha lembut, maha kaya, maha pengasih lagi penyayang. Sollu 'ala Rasulillah.. Allahuma Solli Wa Sallim Wa Baarik 'Alaih Wa 'Ala Aalih.

Khamis
19 Rabiul Awwal 1434

Di petang hari

Bismillah...


Salam ceria... petang yang sangat terang dengan sinar matahari yang ceria..

Teringat waktu di syria... petang petang ni best main marjuhah... marjuhah tu apa? marjuhah tu swing... buai buai... lepastu pergi suq jum'ah beli laimun jaamid... jalan dari awwal suq sampai akhir then patah balik... mcm mana tak kurus? haha..

Kalau tak pon... mesti tgh teman si adik comel pergi suq hamidi uruskan business dia. Haha.. tengok cara dia muamalah dgn org arab, cara dia pilih shawl, serkup syria, abaya, jallabiya, dan bermacam lagi la barang. Sambil sambil meneman, mata terpandang cara ammu arab ni melipat baju. Bagaikan tak percaya ammu yang nampak 'fierce' ni lembut benar lenggok tangannya menyusun melipat barang jualan mereka. Seni melipat baju itu hadiah berharga buat kami. Tarbiyyah halus dari ammu arab yang 'fierce'. Hehe.

Kemudian melihat gaya santai mereka, minum kopi arab sambil ketawa.. makan kacang... main dam... klw yang tenang sikit, duduk depan kedai sambil baca mushaf. Atau sedang berzikir dengan tasbih yang sentiasa di tangan. Memang kagum sangat pada ammu ammu arab ni. Wajah mereka tenang, aura wajah mereka cukup buat kami nak senyum.

Tapi tu klw mood baik... klw angin tengah kurang baik, boleh jugak nampak 'panas' mereka. Tapi 'panas' mereka tak lama. Sekejap sahaja. Mereka mudah cool... pelik kan bangsa arab ni.

Di kesederhanan hidup, kami belajar erti susah senang. Erti bersabar bila di hon oleh si pemandu servis atau taxi. Sakit telinga macam nak berdarah. Erti tenang bila asap rokok hampir membunuh pernafasan. Erti kebersihan bila debu melayang masuk ke mata dan kotorkan semua jubah.

Kami belajar erti sangka baik... erti memaafkan... erti menghormati makanan. Betapa bangsa arab sangat menghormati roti. Tidak dibuang malah kalau nampak ada serpihan roti jatuh, mereka cepat cepat angkat dan letakkan di tempat tinggi. Takjub.

Damaskus, di dada mu ku belajar... bumi mu yang barakah buat hati selalu rindu. Ya Allah kurniakan keamanan di bumi barakah itu. Moga berkat Rasulullah... bumi Syam kembali hidup dengan alunan cinta pencinta Allah dan RasulNya. Moga Islam kembali gemilang. Aameen ya Rabb~

Ubat hati

Bismillah...


Di saat semua nya tidak mampu mengubat hati... mencari tempo dan nada sesuai untuk mengubat kekacauan jiwa adalah perkara terakhir. Namun siapa sangka... dengan nada dan irama yang tepat, muzik mampu mengubat jiwa.

Aku bukan manusia paling mahir... namun sebatas pengetahuanku... muzik, pabila dimainkan dari hati.. ia kan terus ke hati... muzik yang mempunyai ruh yang menenangkan.. muzik yang mampu meniup semangat yang semakin padam, menyembuhkan hati yang sakit, menerbitkan senyum di wajah yang pucat lesi...

Subhanallah... muzik, pabila di gunakan di jalan dan cara yang tepat... banyaklah kebaikan yang akan lahir darinya. Suara yang indah itu anugerah andai ia mampu menarik hati manusia ke jalan yang diredhai... kemahiran yang ada itu nikmat, pabila disumbangkan ke arah pembinaan jiwa dan roh masyarakat untuk kembali pada mentauhidkan Tuhan.

Subhanallah... kepada yang bersungguh sungguh berusaha membawa manusia mengenal Mu...

Wahai yang maha memelihara... pelihara niat dan langkah para pencinta kebenaran...

Wahai yang maha lembut... lembutkan hati kami untuk tunduk pada ketentuanMu...

Allah... aku hanya seorang hamba... yang tidak mampu untuk mengawal hati sendiri... Jadikan seluruh langkahku sesuai dengan kehendakMu... aameen~

Selawat dan Salam ke atas kekasihMu... Wahai Tuhan, jadikan cintaMu dan cinta RasulMu lebih hebat dari segalanya... Wa solli wa sallim 'ala Rasulillah... Habeebna Mustofa sollu 'alaih~

Khamis
12.33 am

Tuesday, 29 January 2013

Agar tak sia sia

Bismillah...

Dengan Nama Allah kalam bicara dibuka... moga tak berlandaskan hawa nafsu.

Tahun 2013.. entah apa di dalamnya nanti..entah bagaimana laluan hidupku. Kepada pemilik langit dan bumi ku mohon moga dilindungi dari keburukan tahun ini dan diberi kebaikan pada tahun ini. Kepada pemilik jiwa ini, ku memohon agar janganlah aku dibiarkan walau hanya sekadar sekelip mata.

2013 bakal mencipta sejarah. Beberapa pernikahan teman dan saudaraku. Allah~ bercakap tentang pernikahan, pasti akan ada rasa pedih menyisip di hati. Pasti akan ada mata yang basah menanggung bebanan perasaan. Sungguh jalan ini tidak mudah... memilih untuk bersabar dan menanti adalah kepayahan dan hanya kepada pemilik cinta ku meminta dikuatkan hati untuk terus ke hadapan, agar terus kuat menanti lukisan indah takdirMu ya Tuhan.

Ku mahu menanti mu duhai sang imam dan ku tidak mahu penantian ini sia sia. Biar kita sama sama bersedia ke arah itu. Biarlah ku berbakti pada ayah bonda tercinta, yang telah memerah keringat mendidik ku.

Biarlah ku perbaiki diriku dahulu, agar kelak kau akan berbangga mendapatkan makmum sepertiku. Berilah aku masa menyantuni akhlakku, menghaluskan peribadiku dan menguatkan langkah ku untuk berjuang. Agar nantinya, aku mampu berdiri di sampingmu, sebagai sayap kirimu, sebagai srikandi juga bidadari. Dan satu harapanku, agar ayah dan ibu berbangga kerana satu satunya puteri mereka, disayangi dan diterima baik oleh keluarga barunya.

Seperti aku meminta diberi ruang dan peluang, aku juga tidak memaksa dirimu. Biarlah kau, duhai imamku.. siapa jua yang Allah telah pilih untukku... bersedia mental dan fizikal ke arah membina rumah tangga yang Allah dan Rasul redha.

Ya Allah.. jadikan lah rumahtangga ku tempat kerehatanku, tempat aku dan keluarga ku mengingati mu. Ya Rabbul Izzati, jadikan lah aku hamba Mu yang sebenarnya hamba, yang mengerti tentang hakikat aku dicipta. KepadaMu lah tempat aku mengadu, dan hanya kepadaMu tempat aku akan kembali. Selawat dan salam buat contoh pemimpin keluarga terbaik... Habeena Mustofa Rasulillah Sollu 'Alaih.


17 Rabiul Awwal 1434, 29 Januari 2012

Monday, 28 January 2013

Kita

Bismillah...

Hari ini Isnin 16 Rabiul Awwal bersamaan dgn 28 Jan 2013.. Panas dan kemudian mendung hingga kini.

Subhanallah... manusia memang macam macam ragamnya. Ada yang hadirnya mendamaikan, ada juga yang datang sebagai ujian. Tapi itu lah manusia, melukai dan terluka, bahagia dan membahagiakan.. terpulanglah bagaimana kita menghadapinya.

Bercakap tentang manusia.. ada sesuatu bermain di minda. Teringat suatu artikel lama, dibaca sewaktu umur belasan tahun dulu. Kadang kadang kita mudah merasa senang dengan orang yang baru sahaja kita temui. Lalu kita pon merasa pelik. Mengapakah ini berlaku? Artikel itu menjawab.. Kerana sewaktu di alam roh, kita pernah terjumpa dengannya dan mesra dengannya. Kemudian pabila terjumpa semula di dunia, hubungan itu menjadi akrab semula.

Wallahu 'Aalam.. Sungguh Allah lebih tahu. IlmuNya seluas langit dan bumi malah lebih dari itu. Doaku biarlah aku terus dikelilingi manusia manusia yang baik, memberi pengaruh yang baik untuk lebih dekat pada Tuhan serta dapat pula motivasi dan aura positif. Syukur wahai Tuhan, segala ini adalah anugerah. Bertemu dengan manusia menyakitkan hati juga ada hikmahnya... supaya jiwa lebih terdidik untuk bersabar, mendoakan kebaikannya dan menjadikan kisah manusia lain sebagai sempadan dan peringatan.

Tiada apa yang buruk. Semua ada hikmahnya. Allah tak jadikan sesuatu itu sia sia. Semoga hati ini terdidik untuk selalu bersangka baik.

Teringat pula pesanan orang orang lama. Biarlah orang buat jahat pada kita. Kita balas dengan kebaikan. Kita doakan kebaikan untuk mereka. Kerana apa? Bukan kerana apa apa.. sekadar mengikut contoh akhlak kekasih agung kita sahaja.. lebih lebih lagi di bulan kelahiran Baginda. InsyaAllah.. semoga~ :')



Friday, 25 January 2013

Itu, ibu dan ayahmu

Bismillah.. Walhamdulillah

Khabar gembira di pagi jumaat yang barakah..

Dapat panggilan untuk interview dari tempat yang dinanti... memang luluh hati.. segera beritahu teman rapat merangkap adik comel... namun... kegembiraan itu tak lama.. segera dia mengingatkan...

"ingat, setiap kegembiraan kita bukan krn doa kita.. tapi doa mak ayah yang comel"

Subhanallah.. jiwa bertahmid dan bersyukur... terlalu banyak nikmat yang KAU kurniakan ya Allah... maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan~

Diberi rezki ibu ayah yang penyayang dan tegas, dikurniakan teman teman yang sentiasa mengingatkan pada kebaikan, selalu mendoakan, dan tak jemu menegur pabila nampak aku leka dan alpa, diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Syukur... sepatutnya ini semua menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur... lebih sedar diri... bahawa aku hanyalah... seorang hamba... hanya... seorang hamba... Allah Allah~

Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam... Moga hati sentiasa cinta dan rindu padamu Ya HabeebAllah... Moga dapat pula kami mengikut sunnahmu... aameen~

Smile (^_^)

10.32 am

Sobahul Ward

Bismillahirrahmanirrahim...


Salam pagi Jum'ah yang indah...


Indah dan tenang di subh hari harapnya kekal hingga ke malam nanti tapi selalunya tak begitu. Susah mengekalkan rasa tenang dan khusyu' lebih lebih lagi pabila kaki melangkah keluar dari rumah. Keluar sahaja dari pintu, bermulalah segala ujian. Eh ye ke begitu? Haa cube check balik kesahihan fakta. Hmm...

Ujian, di uji, teruji, menguji dan muji muji. Ok yg last tak berapa nak penting. Hee..

Ujian bukan sahaja pabila melangkah keluar dari rumah. Ia bermula dari dalam rumah sendiri. Rumah yang katanya beyti jannati atau bahasa melayunya rumahku syurgaku. Tak semudah kalam berbicara, tak seindah khabar. Sungguh ujian di dalam rumah sebenarnya lebih berat dan mencabar. Ujian bersama darah daging sendiri adakalanya lebih menuntut kesabaran dari ujian bersama org luar. Kerana apa ya? Mari kita keluarkan fikrah~

Ibu ayah, adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara adalah entiti yang dikenali sejak kita lahir. Itu bagi mereka yang beruntung. Bagi mereka yang dibuang di jalanan, lalu dikutip oleh rumah kebajikan itu kisah lain, kisah yang lebih memilukan, yang lebih besar ujiannya.

Mengapa sukar bersabar dengan keluarga sendiri? Itulah sunnah perjuangan. Untuk mendidik orang luar jauh lebih mudah. Mengapa? Kerana hanya di luar, hanya sebentar sebentar. Tidak serumah dan tidak melihat sifat sebenarnya. Tetapi bagi ahli di dalam rumah, mendidik mereka lebih payah. Kecuali bagi orang yang Allah kurniakan kesabaran~

Berbeza dari di rumah. Rumah adalah tempat karakter sebenar kita. Mungkin di luar, kita sangat ceria. Tapi siapa tahu, di rumah mungkin kita lah yang paling pendiam. Mungkin juga di luar, kita lah yang paling lembut dan penyabar, tapi siapa tahu kita di rumah bagaimana pula.

Beruntung sebenarnya mereka yang punya keluarga sakeenah, mawaddah wa rahmah. Kekuatan jiwa dapat dikumpul dan pulangnya juga dinanti dan dihargai. Namun bersyukurlah, sesakit apa, seteruk mana, mereka tetap ahli keluarga kita. Tanggungjawab kita pada mereka jauh lebih besar dari bersama masyarakat luar. Beruntunglah siapa yang mampu mendidik keluarganya mengikut acuan Allah dan RasulNya. Beruntung juga mereka yang dikurniakan sifat lemah lembut terhadap keluarga mereka.

Sempena bulan Rabi'ul Awwal yang mulia ini, marilah kita mencontohi peribadi agung, Rasulullah Sayyidil Mustofa. Baginda sangat baik terhadap ahli keluarganya, paling lemah lembut bersama mereka. Ya Allah, yang Maha mendengar rintihan hambaNya.. kurniakanlah aku kekuatan untuk mencontohi peribadi kekasihMu.

Yang terakhir, bersyukurlah. Ujian yang diberi pada kita apalah sangat berbanding nikmat yang lebih meluas. Apalah sangat ujian hati kita, ujian hidup kita berbanding dengan saudara kita yang jauh lebih menderita. Pabila kita tidak punya apa, usahlah memandang pada mereka yang cukup segalanya. Pandang lah ke bawah. Tundukkan jiwamu melihat saudaramu yang hidup serba kekurangan. Pasti akan ada sedikit keinsafan mengetuk pintu hati. Lain syakartun la azidannakum, wa la in kafartum inna 'azaabi la syadeed~

Semoga kita termasuk dari golongan orang yang memuliakan keluarga dan menjadi asbab bagi mereka selamat dari panasnya api neraka. InsyaAllahu ta'ala. Allahu Musta'aan.

Jom baca surah kahfi, moga kita selamat dari fitnah. Dan rajin rajin berdoa, moga Allah rahmati dan ampuni kedua ayah bonda. Ibu, di telapakmu syurga. Ayah, kaulah kunci ke syurga. Semoga kalian berbahagia di sini dan di sana. Aameen ya Rabb.

7.27 am

Thursday, 24 January 2013

Ahlein

Bismillah..

Lama tak singgah blog sendiri... setahun lebih kot... merajuk kah? hehe...  rasa nya dah penuh dgn sarang labah labah dah blog ni... hehe oke merepek~

Okkeh so any new update? Haa... memang mcm mcm dah terjadi... tapi syukurlah masih diberi peluang bernafas di bumi indah ini...

Nak tulis apa sebenarnya eh.. mcm hilang idea pon ye... sbb banyak sgt sampai tak tahu mana yang patut di dahulukan...

Dah tahun 2013... hampir setahun lebih tinggalkan bumi Dimasyq tersayang... masih ada rasa rindu yang memenuhi tiap ruang di hati... selalu berdoa moga direzkikan pulang ke sana..

Teringat pesan Sir... manusia akan berkata apa yang di hatinya... apa yang keluar dari bibirnya adalah cerminan hatinya... rindu Damascus tiada taranya... bumi barakah yang sedang di uji... ya Allah berilah keamanan pada bumi Syam itu.. aameen~

Dan baru sedar... hari ini jadi hari terpilih buat kembali menulis di sini..  Hari Keputeraan Habeebna Mustafa.. semoga berkat Baginda, kita dapat mencontohi akhlak Baginda.. semoga~

Jom selawat banyak banyak... bukan sekadar hari ini sahaja... tapi di setiap masa dan ketika... kerana itu bukti cinta bukan?

Sampai di sini dahulu.. berjumpa di lain waktu... insyaAllah~

11.30 pm - Kota Singa