Bismillah...
Hari ini Isnin 16 Rabiul Awwal bersamaan dgn 28 Jan 2013.. Panas dan kemudian mendung hingga kini.
Subhanallah... manusia memang macam macam ragamnya. Ada yang hadirnya mendamaikan, ada juga yang datang sebagai ujian. Tapi itu lah manusia, melukai dan terluka, bahagia dan membahagiakan.. terpulanglah bagaimana kita menghadapinya.
Bercakap tentang manusia.. ada sesuatu bermain di minda. Teringat suatu artikel lama, dibaca sewaktu umur belasan tahun dulu. Kadang kadang kita mudah merasa senang dengan orang yang baru sahaja kita temui. Lalu kita pon merasa pelik. Mengapakah ini berlaku? Artikel itu menjawab.. Kerana sewaktu di alam roh, kita pernah terjumpa dengannya dan mesra dengannya. Kemudian pabila terjumpa semula di dunia, hubungan itu menjadi akrab semula.
Wallahu 'Aalam.. Sungguh Allah lebih tahu. IlmuNya seluas langit dan bumi malah lebih dari itu. Doaku biarlah aku terus dikelilingi manusia manusia yang baik, memberi pengaruh yang baik untuk lebih dekat pada Tuhan serta dapat pula motivasi dan aura positif. Syukur wahai Tuhan, segala ini adalah anugerah. Bertemu dengan manusia menyakitkan hati juga ada hikmahnya... supaya jiwa lebih terdidik untuk bersabar, mendoakan kebaikannya dan menjadikan kisah manusia lain sebagai sempadan dan peringatan.
Tiada apa yang buruk. Semua ada hikmahnya. Allah tak jadikan sesuatu itu sia sia. Semoga hati ini terdidik untuk selalu bersangka baik.
Teringat pula pesanan orang orang lama. Biarlah orang buat jahat pada kita. Kita balas dengan kebaikan. Kita doakan kebaikan untuk mereka. Kerana apa? Bukan kerana apa apa.. sekadar mengikut contoh akhlak kekasih agung kita sahaja.. lebih lebih lagi di bulan kelahiran Baginda. InsyaAllah.. semoga~ :')