Thursday, 31 January 2013

Di petang hari

Bismillah...


Salam ceria... petang yang sangat terang dengan sinar matahari yang ceria..

Teringat waktu di syria... petang petang ni best main marjuhah... marjuhah tu apa? marjuhah tu swing... buai buai... lepastu pergi suq jum'ah beli laimun jaamid... jalan dari awwal suq sampai akhir then patah balik... mcm mana tak kurus? haha..

Kalau tak pon... mesti tgh teman si adik comel pergi suq hamidi uruskan business dia. Haha.. tengok cara dia muamalah dgn org arab, cara dia pilih shawl, serkup syria, abaya, jallabiya, dan bermacam lagi la barang. Sambil sambil meneman, mata terpandang cara ammu arab ni melipat baju. Bagaikan tak percaya ammu yang nampak 'fierce' ni lembut benar lenggok tangannya menyusun melipat barang jualan mereka. Seni melipat baju itu hadiah berharga buat kami. Tarbiyyah halus dari ammu arab yang 'fierce'. Hehe.

Kemudian melihat gaya santai mereka, minum kopi arab sambil ketawa.. makan kacang... main dam... klw yang tenang sikit, duduk depan kedai sambil baca mushaf. Atau sedang berzikir dengan tasbih yang sentiasa di tangan. Memang kagum sangat pada ammu ammu arab ni. Wajah mereka tenang, aura wajah mereka cukup buat kami nak senyum.

Tapi tu klw mood baik... klw angin tengah kurang baik, boleh jugak nampak 'panas' mereka. Tapi 'panas' mereka tak lama. Sekejap sahaja. Mereka mudah cool... pelik kan bangsa arab ni.

Di kesederhanan hidup, kami belajar erti susah senang. Erti bersabar bila di hon oleh si pemandu servis atau taxi. Sakit telinga macam nak berdarah. Erti tenang bila asap rokok hampir membunuh pernafasan. Erti kebersihan bila debu melayang masuk ke mata dan kotorkan semua jubah.

Kami belajar erti sangka baik... erti memaafkan... erti menghormati makanan. Betapa bangsa arab sangat menghormati roti. Tidak dibuang malah kalau nampak ada serpihan roti jatuh, mereka cepat cepat angkat dan letakkan di tempat tinggi. Takjub.

Damaskus, di dada mu ku belajar... bumi mu yang barakah buat hati selalu rindu. Ya Allah kurniakan keamanan di bumi barakah itu. Moga berkat Rasulullah... bumi Syam kembali hidup dengan alunan cinta pencinta Allah dan RasulNya. Moga Islam kembali gemilang. Aameen ya Rabb~