Salam pagi Jum'ah yang indah...
Indah dan tenang di subh hari harapnya kekal hingga ke malam nanti tapi selalunya tak begitu. Susah mengekalkan rasa tenang dan khusyu' lebih lebih lagi pabila kaki melangkah keluar dari rumah. Keluar sahaja dari pintu, bermulalah segala ujian. Eh ye ke begitu? Haa cube check balik kesahihan fakta. Hmm...
Ujian, di uji, teruji, menguji dan muji muji. Ok yg last tak berapa nak penting. Hee..
Ujian bukan sahaja pabila melangkah keluar dari rumah. Ia bermula dari dalam rumah sendiri. Rumah yang katanya beyti jannati atau bahasa melayunya rumahku syurgaku. Tak semudah kalam berbicara, tak seindah khabar. Sungguh ujian di dalam rumah sebenarnya lebih berat dan mencabar. Ujian bersama darah daging sendiri adakalanya lebih menuntut kesabaran dari ujian bersama org luar. Kerana apa ya? Mari kita keluarkan fikrah~
Ibu ayah, adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara adalah entiti yang dikenali sejak kita lahir. Itu bagi mereka yang beruntung. Bagi mereka yang dibuang di jalanan, lalu dikutip oleh rumah kebajikan itu kisah lain, kisah yang lebih memilukan, yang lebih besar ujiannya.
Mengapa sukar bersabar dengan keluarga sendiri? Itulah sunnah perjuangan. Untuk mendidik orang luar jauh lebih mudah. Mengapa? Kerana hanya di luar, hanya sebentar sebentar. Tidak serumah dan tidak melihat sifat sebenarnya. Tetapi bagi ahli di dalam rumah, mendidik mereka lebih payah. Kecuali bagi orang yang Allah kurniakan kesabaran~
Berbeza dari di rumah. Rumah adalah tempat karakter sebenar kita. Mungkin di luar, kita sangat ceria. Tapi siapa tahu, di rumah mungkin kita lah yang paling pendiam. Mungkin juga di luar, kita lah yang paling lembut dan penyabar, tapi siapa tahu kita di rumah bagaimana pula.
Beruntung sebenarnya mereka yang punya keluarga sakeenah, mawaddah wa rahmah. Kekuatan jiwa dapat dikumpul dan pulangnya juga dinanti dan dihargai. Namun bersyukurlah, sesakit apa, seteruk mana, mereka tetap ahli keluarga kita. Tanggungjawab kita pada mereka jauh lebih besar dari bersama masyarakat luar. Beruntunglah siapa yang mampu mendidik keluarganya mengikut acuan Allah dan RasulNya. Beruntung juga mereka yang dikurniakan sifat lemah lembut terhadap keluarga mereka.
Sempena bulan Rabi'ul Awwal yang mulia ini, marilah kita mencontohi peribadi agung, Rasulullah Sayyidil Mustofa. Baginda sangat baik terhadap ahli keluarganya, paling lemah lembut bersama mereka. Ya Allah, yang Maha mendengar rintihan hambaNya.. kurniakanlah aku kekuatan untuk mencontohi peribadi kekasihMu.
Yang terakhir, bersyukurlah. Ujian yang diberi pada kita apalah sangat berbanding nikmat yang lebih meluas. Apalah sangat ujian hati kita, ujian hidup kita berbanding dengan saudara kita yang jauh lebih menderita. Pabila kita tidak punya apa, usahlah memandang pada mereka yang cukup segalanya. Pandang lah ke bawah. Tundukkan jiwamu melihat saudaramu yang hidup serba kekurangan. Pasti akan ada sedikit keinsafan mengetuk pintu hati. Lain syakartun la azidannakum, wa la in kafartum inna 'azaabi la syadeed~
Semoga kita termasuk dari golongan orang yang memuliakan keluarga dan menjadi asbab bagi mereka selamat dari panasnya api neraka. InsyaAllahu ta'ala. Allahu Musta'aan.
Jom baca surah kahfi, moga kita selamat dari fitnah. Dan rajin rajin berdoa, moga Allah rahmati dan ampuni kedua ayah bonda. Ibu, di telapakmu syurga. Ayah, kaulah kunci ke syurga. Semoga kalian berbahagia di sini dan di sana. Aameen ya Rabb.
7.27 am