Tuesday, 6 December 2011

Mencoret kata di senjakala

Apabila suatu pintu tertutup, usah menanti terlalu lama. Carilah pintu yang lain. InsyaAllah ada pintu terbuka yang sedia menerima kedatanganmu.

Aduhai mencari pekerjaan yang halal, semoga dilapangkan dan dimudahkan. Terkenang jasa ayah bonda yang bersusah payah bekerja untuk masa depan anak-anak. Lalu sekarang, tibalah masa buat si anak membalas jasa ayah bonda.

Mencari rezki sambil menyulam harapan untuk menyambung pelajaran semula, tidak semudah yang disangka. Moga-moga diberi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan. Melihat sekeliling dengan harapan dan positif di minda, semoga langkahku sentiasa dipandu oleh Nya.

Walau ada seribu cabaran, ku yakini susunan takdir yang Maha Kuasa. Ku percaya Dia tidak akan membiarkan hambaNya. Berusaha sedaya upaya, hasil usaha itu ku serah pada Dia Pemilik seluruh cakerawala.

Benar kata orang tua-tua, setinggi mana pun pelajaran seorang wanita, dia mesti tahu buat kerja rumah. Walau ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini, ku tahu ada benarnya. Kerana...wanita lah penghias dunia, syurga di alam rumah tangga. Dari seorang wanita yang mulia, akan lahirlah generasi harapan yang kuat peribadinya. InsyaAllah ameen~ (^_^)