Makan sudah, minum juga sudah, tapi hati masih gelisah. Nak tahu kenapa? Kerana hati masih belum diberi makanan utamanya. Iaitu zikrullah dan alunan cinta Quran Kareem.
Pengubat jiwa yang gelisah, ada pada Dia yang Maha Mendengar.
KalamMu memujukku. Ya Lathif, Ulthuf binaa~
Thursday, 15 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
Mencoret kata di senjakala
Apabila suatu pintu tertutup, usah menanti terlalu lama. Carilah pintu yang lain. InsyaAllah ada pintu terbuka yang sedia menerima kedatanganmu.
Aduhai mencari pekerjaan yang halal, semoga dilapangkan dan dimudahkan. Terkenang jasa ayah bonda yang bersusah payah bekerja untuk masa depan anak-anak. Lalu sekarang, tibalah masa buat si anak membalas jasa ayah bonda.
Mencari rezki sambil menyulam harapan untuk menyambung pelajaran semula, tidak semudah yang disangka. Moga-moga diberi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan. Melihat sekeliling dengan harapan dan positif di minda, semoga langkahku sentiasa dipandu oleh Nya.
Walau ada seribu cabaran, ku yakini susunan takdir yang Maha Kuasa. Ku percaya Dia tidak akan membiarkan hambaNya. Berusaha sedaya upaya, hasil usaha itu ku serah pada Dia Pemilik seluruh cakerawala.
Benar kata orang tua-tua, setinggi mana pun pelajaran seorang wanita, dia mesti tahu buat kerja rumah. Walau ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini, ku tahu ada benarnya. Kerana...wanita lah penghias dunia, syurga di alam rumah tangga. Dari seorang wanita yang mulia, akan lahirlah generasi harapan yang kuat peribadinya. InsyaAllah ameen~ (^_^)
Friday, 2 December 2011
Kisah
Mengidam makanan yang beribu batu jauhnya.
Teringin berjalan di tepi Abu Nour sambil menikmati buzoh.
Hendak sekali ke suq jum'ah dan membeli buah-buahan, sayur-sayuran segar.
Kuro laban, labneh, laban, dimakan masin atau manis atau begitu sahaja.
Biarpun di sana tidak bermewah, tiada bangunan-bangunan tinggi, namun aku sangat-sangat tenang.
Kadang-kadang geram dengan ammu-ammu yang mudah marah dan cepat cool, tapi hati tetap terpaut.
Tiada rasa ingin pergi dari situ. Sampai di bumi yang subur itu, perasaan bahagia mekar di hati.
Pabila terpaksa keluar negara, selalu ada rasa ingin cepat-cepat pulang.
Khamis malam jumaat, jami' meriah dengan dars yang bermacam.
Di mana-mana, pemandangan ammu duduk di luar kedai sambil membaca mushaf.
Wanita mereka pula tidak bersusah payah membeli barang pasar. Para lelaki yang menjalankan tanggungjawab ini.
Pabila perut lapar, singgah sahaja di tempat menjual sandwich atau shawarma.
Hanya ada 5 leyra di tangan? Usah risau, masih boleh beli khubz.
Makan indomie yang ada telur waktu malam. Ubahsuai perasa indomie, memang hobi kami.
Tengok movie atau cerita melayu yang susah payah di download, tetap rasa puas hati.
Terasa nak makan roti sedap? Maka singgah pula di cinnabon.
Ingin makan sushi? Jangan risau, di sini juga ada.
Nak makan prata? Jom ke taj mahal.
Eh sedapnya makanan cina! Semestinya ada di restoran cina sebelah rumah persatuan. Kalau bukan di situ, pergi sahaja ke damasquino.
Malas nak naik service? Tahan taxi sahaja.
Nak cari abaya atau jalabiyah? Sila ke suq hamidi. Tak mahu suq hamidi? Hariqah pilihan kedua.
Bila nak keluarkan duit, sab'aa bahrat la tempat utama.
Malam-malam boleh pergi hamra'. Pilih je nak beli apa. Semua ada. Harga pon tak buat pening kepala.
Haa jangan lupa, jami' umawi yang masyhur.
Di mana-mana, kelihatan jami'. Tiap waktu solat, azan merdu berkumandang meluluhkan jiwa.
Pakaian wanita mereka, walau seadanya, namun kemas. Terkenal kerana suka pada kecantikan diri.
Anak-anak yang comel, bermata hijau, biru, coklat. Rambut perang, coklat, hitam. Kulit cerah atau agak gelap. Semuanya penghias bandar itu.
Cc juga seronok bila ada waktu lapang. Jangan lupa buat isytiroq. Walau line lambat, tetap berjaya uruskan macam-macam.
Hon yang tak putus-putus, menyakitkan telinga namun membuat suasana lebih hidup.
Salato fattoush yang enak. Sungguh berkhasiat dengan minyak zaitun yang barakah.
Tak kira masa, dapat lihat van jenazah sambil pemandunya menyuruh kita membaca fatihah buat yang sudah tiada. Tak lupa juga wirid buat ummah.
Pabila musim sejuk tiba, jadilah kami seperti anak-anak beruang. Pakaian yang tebal menutup badan.
Tak lupa juga pada haiwan kesayangan. Sedih bila terkenangkan mereka.
Nasi mandi yang sedap, nasi bukhari yang lazat, frikeh dan tabbouleh. Buat selera terbuka.
Begitu juga pada mujaddarah, harra bi 'usbu'u, kibbe, kebab dan bitza.
Bila rasa nak makan manisan, boleh pilih ba'lawa, koul wa shukr, 'asobi', nabulsiye dan pelbagai lagi.
Nak blueberry cheesecake? Pergi beli dekat mana-mana kedai cake.
Ohh bakdash! Ice cream susu dengan fustuq. Ohh boleh demam seminggu!
Rumah takde gas? Pergila ke restoran Malaysia.
Blackout? Pasang je lilin.
Bila pergi maqam arba'in atau qosiyun, best dengan suzuki.
Pemandunya terkenal dengan kecekapan memandu di jalanan yang berliku.
Semakin lama, semakin panjang. Baiklah berhenti sekadar ini.
Apa yang pasti, bumi itu kekal di hati. Suka duka bersamanya, ku hargai.
Bersama teman-teman yang hyper dan penuh semangat, mataku bercahaya gembira.
Doaku, moga Allah pelihara bumi barakah itu. Ameen~
Bersama teman-teman yang hyper dan penuh semangat, mataku bercahaya gembira.
Doaku, moga Allah pelihara bumi barakah itu. Ameen~
Thursday, 1 December 2011
Syukur
Im satisfied. Alhamdulillah.
Di saat perasaan ingin bermewah-mewah itu hadir, Allah nampakkan ku pada seorang hambaNYA yang tidak berkecukupan, menjalani hidup apa adanya.
Perasaan insaf lahir ke dalam hati. Lalu terfikir sejenak, untuk apa memilih kesenangan duniawi, andai kelak, ku akan dipersoalkan tentang gaya hidupku
Ketika anda berharta, ujian untuk mengamalkan sifat qana'ah adalah sukar. Ketika anda tidak punya apa, dugaan untuk menghidupkan rasa redha itu juga payah.
Di saat perasaan ingin bermewah-mewah itu hadir, Allah nampakkan ku pada seorang hambaNYA yang tidak berkecukupan, menjalani hidup apa adanya.
Perasaan insaf lahir ke dalam hati. Lalu terfikir sejenak, untuk apa memilih kesenangan duniawi, andai kelak, ku akan dipersoalkan tentang gaya hidupku
Ketika anda berharta, ujian untuk mengamalkan sifat qana'ah adalah sukar. Ketika anda tidak punya apa, dugaan untuk menghidupkan rasa redha itu juga payah.
Subscribe to:
Comments (Atom)