Di mana-mana sahaja sekarang, ada tanda "CCTV PROTECTED"
Persoalannya, kita lebih merasa berhati-hati pabila ternampak tanda itu. Kita lebih mengawasi perbuatan dan tingkah laku kita. Lalu sedarkah kita pada sebuah hakikat...
Bahawa.....
Selama kita bernafas di bumi, segala apa yang kita lakukan, setiap yang bermain di minda, semua yang terdetik di hati.... Segala-galanya di bawah pengawasan Allah. DIA tersangat tahu segala apa tentang kita.
Lalu, mengapakah kita tidak pernah sedar bahawa Allah selalu memerhati kita di dalam gelap mahupun terang? Mengapa kita begitu asyik dan leka dan tidak merasa takut dan berhati-hati pada pengawasan DIA yang mencipta kita...
Sedangkan apabila ternampak tanda "This area is protected by CCTV" kita berasa waspada dan cuak...
Ketahuilah wahai diri, DIA pemilik langit dan bumi, sentiasa mengawasi, sentiasa memerhati bahkan tersangat tahu setiap apa yang tersembunyi di hati~